Thursday 5 February 2015

Ismail Sabri diugut bunuh oleh pelampau internet

KUALA LUMPUR


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima ugutan bunuh gara-gara tindakannya menyeru pengguna memboikot segelintir peniaga Cina tamak yang enggan menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga minyak.


Ugutan bunuh yang dibuat menerusi laman media sosial Facebook oleh beberapa individu dalam tulisan Cina itu dipercayai dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan saranan menteri itu pada 2 Februari lalu. 

Selain membuat ugutan bunuh, individu terbabit turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman terhadap kaum Melayu ekoran marah dengan saranan boikot itu.

Antara kenyataan ugutan dalam bahasa Cina itu berbunyi:
“Kau ingat kau boleh hidup ke macam ini”, “Cincang dia tipis-tipis” dan “Hari itu naikkan harga petrol sekarang turunkan pula tapi salahkan kita. Mari kita bunuh dia”.

Bagaimanapun, sejak isu boikot peniaga tamak itu, tinjauan Kosmo! ke atas laman Facebook milik Ismail Sabri mendapati ramai pengguna laman sosial itu tampil menyatakan sokongan ke atas menteri itu termasuk mewujudkan akaun Facebook Kami Semua Ismail Sabri.

Berikutan itu, Ismail Sabri semalam menulis dalam Facebook beliau mengucapkan terima kasih dan menghargai semua pihak yang menyokongnya yang ketika ini berhadapan kontroversi tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3QoxIcjRq Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment