Thursday 5 February 2015

Karen mahal ? Kenapa tak guna genset ?

JANAKUASA - PENENTUAN & KIRAAN SAIZ JANAKUASA

Bagi tempat yang ada bekalan TNB secara asasnya kita boleh menentukan saiz sesebuah Genset yang kita nak guna di sesebuah tempat berdasarkan congakan atau melihat saiz breaker yang sedia ada pada papan suis (switch board).

Contohnya jika di papan suis hanya menggunakan 100A MCCB, jadi kita tidak perlu memilih Genset yang boleh menghasilkan lebih dari 100A.
Bazir je nanti.

Kebiasaannya beberapa aspek perlu kita titikberatkan sebelum memilih dan membeli Genset.
(1) 1 fasa atau 3 fasa (single phase / three phases) - bergantung pada primis tempat anda. Kita pastikan bekalan yang digunakan pada penyambungan dengan TNB.

(2) Ampiar Genset - Lihat pada panel papan suis yang sedia ada. Jika 100A, tak perlu beli Genset lebih besar. Atau kita boleh kurangkan saiz ampiar Genset (contoh kepada 60A) hanya untuk kegunaan beban penting sahaja.
(3) Diesel atau Petrol - Adalah dicadangkan lebih baik menggunakan janakuasa enjin diesel kerana jangka hayatnya lebih panjang, kos operasi adalah 30%-50% lebih murah daripada petrol dan kos penyenggaraan yang lebih rendah.
(4) Kadar kelajuan janakuasa (rpm) - Peralatan elektrik biasanya menggunakan bekalan kuasa pada ulangan tetap (fixed frequency) 50 Hz . Keluaran ulangan janakuasa bergantung kepada ketetepan kelajuan enjin dan jumlah kutub janakuasa (Number of pole). Untuk menghasilkan bekalan elektrik dengan ulangan 50 hz biasanya janakuasa beroperasi pada 1500 atau 3000 rpm. Bagi janakuasa yang beroperasi pada kadar 1500 rpm empat kutub (4 pole) adalah yang biasa digunakan pada janakuasa yang besar dan lebih mahal, ia mempunyai kecekapan dan jangka hayat enjin yang baik. Bagi janakuasa beroperasi pada kadar 3000 rpm dua kutub (2 pole) adalah janakuasa jenis kecil dan rengan sesuai untuk jenis mudahalih untuk penggunaan beban kecil.
(5) Jenama Engine - Memilih janakuasa yang tidak berjenama atau terpakai, kurang di pasaran anda mungkin sukar untuk mendapatkan keperluan alat ganti yang tulin dan perkhidmatan selepas jualan kebanyakan enjin datang dengan kotak alat ganti. Pastikan anda memilih atau membeli janakuasa ang mempunyai perkhidmatan senggaraan.
(6) Sistem Elektrikal, Perlindungan & Circuit Breaker - Sistem elektrikal di dalam Genset biasanya menggunakan 12V atau 24V sahaja (sama saiz bateri). Sistem elektrikal ini hanya bertujuan untuk (i) Penghidup motor dan bateri. Bagi janakuasa besar mestilah mempunyai pengecas alternator dengan solid state voltage regulator (ii) Enjin diesel yang besar mesti mempunyai pre-heat switch dan suis start/stop. (iii) Semua janakuasa mestilah mempunyai perlindungan enjin untuk tekanan minyak rendah (oil pressure loss) kelajuan lampau (over-speed) lebih mengengkol (over-crank) dan lampau panas (high water or operating temperature). (iv) Sistem pemutus litar (circuit breaker) bagi perlindungan janakuasa.
(7) Saiz Genset - Saiz mestilah dipilih bersesuaian dengan beban yang hendak disambungkan. Jika saiz Genset terlalu besar, janakuasa akan berkabon, minyak berlebihan , melilih dan mudah kerosakan enjin. Sekiranya anda memilih janakusan dibawah saiz ia akan banyak mengeluarkan asap dan alatalat elektrik akan jadi rosak. Untuk mendapatkan saiz yang sebenar adalah dengan mengambil kira jumlah beban yang akan di tanggung oleh janakuasa. Adalah dimaklumkan bahawa janakuasa tidak digunakan secara berterusan dengan beban yang kurang dari 40% sebaiknya beban adalah dari 50% hingga 75% adalah optimum. Contoh: Jumlah beban kecemasan dalam watt = 15 KW beban hendaklah didarab dengan 75% oleh kerana tidak semua beban digunakan secara serentak. Jadi saiz janakuasa adalah 15,000 x 75 = 11,250 watt 100 Atau saiz janakuasa ± 12,000 watt = 12 KW Janakuasa tunggu sedia yang diperlukan adalah 12 KW atau 14 KVA


Kredit : http://elektrikaldanaircon.blogspot.com/2013/04/janakuasa-penentuan-kiraan-saiz.html

No comments:

Post a Comment