Thursday 12 February 2015

AZMIN ALI SOKONG TINDAKAN ISTANA SELANGOR TARIK GELARAN ‘DATUK SERI’ ANWAR

(Suara TV)

Ahli PKR yang digantung Badrul Hisham Shaharin hari ini mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyokong tindakan istana untuk membatalkan gelaran “Datuk Seri’ yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana Azmin adalah ahli Dewan Diraja Selangor yang membuat keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu.

Pengampunan Diraja Untuk Anwar

PETALING JAYA:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempertimbangkan pilihan terakhir untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan selama lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya dengan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan barisan peguam suaminya terlebih dahulu.


Tuesday 10 February 2015

Ilmu Papan Sekeping

Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang wanita yang berstatus janda untuk mendapatkan rawatan. Wanita ni berumur lewat 30an dan telah menjadi janda hampir 5 tahun setelah kematian suami dalam kemalangan. Mempunyai 2 orang anak dan bekerja sebagai guru sekolah menengah tempat dan negerinya tak perlulah disebutkan. Orangnya agak cantik jugak & pandai bergaya. Saya memang sudah meminta izin darinya untuk menyiarkan cerita beliau sebagai iktibar kepada semua dan dia telah bersetuju dan membenarkannya.

Menurut wanita ni dari bulan jun lagi dia nak menghubungi saya bagi mendapatkan rawatan tapi rasa malu untuk menceritakan masalahnya. Katanya lagi dari bulan jun lagi dia dah simpan no telefon saya. Patutlah! Mulanya pelik jugak saya kerana dari bulan ogos lagi saya dah tak siarkan no telefon saya kerana banyak sangat2 orang yang menghubungi dan mintak saya buat benda yang bukan-bukan antaranya mereka-mereka yang takde hubungan apa2 dengan pasangan hanya sekadar berkawan mintak saya buatkan supaya kawannya balik pada dia tak kurang yang mintak supaya pasangan tadi jatuh cinta pada mereka dan yang lebih teruk bila ada yang dah terlanjur dengan pasangan tapi lelaki tadi tak nak bertanggungjawab dan melarikan diri lalu mintak saya buatkan agar lelaki tadi balik untuk bertanggungjawab.

Friday 6 February 2015

Tiada kenaikan tarif elektrik tahun ini satu cabaran kepada peniaga untuk menurunkan harga barang

TAWAU 5 Feb.

Tiada kenaikan tarif elektrik di seluruh negara sepanjang tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata jaminan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam penstrukturan semula Bajet 2015 itu juga turut meliputi keperluan di negeri Sabah.
“Kerajaan pusat memutuskan tidak ada kenaikan harga pada tahun ini.
Walaupun mengikut sistem yang dipraktik sekarang, setiap enam bulan kadar ini harus disemak untuk mengurangkan subsidi, namun kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pasar Tanjong dan Pasar Ikan Tawau, di sini, hari ini.

Maximus berkata, seharusnya, tarif itu naik pada tahun lalu tapi kerajaan mengambil keputusan menanggung subsidi dengan simpanan daripada penjana bebas sebanyak RM800 juta agar tarif tidak dinaikkan.
“Keputusan menaikkan tarif elektrik itu telah pun ditangguhkan meliputi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB).
“Untuk tahun hadapan pula, kita kena tengok harga minyak dahulu, tapi kita harap ia stabil iaitu tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah kerana ia mempengaruhi ekonomi negara,” katanya. 

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu harga barang, Maximus yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata kerajaan sememangnya menyedari dan mendengar keluhan rakyat. 

Katanya, hanya dengan kerjasama semua pihak terutamanya pengeluar, pembekal, peniaga dan pengguna dapat membantu menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak. 
“Melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan anggota Kabinet persekutuan dan negeri pun telah merayu supaya harga barang diturunkan sesuai dengan penurunan harga minyak,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh, dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edwad Yong Oui Fah.-BERNAMA

Thursday 5 February 2015

Ismail Sabri diugut bunuh oleh pelampau internet

KUALA LUMPUR


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima ugutan bunuh gara-gara tindakannya menyeru pengguna memboikot segelintir peniaga Cina tamak yang enggan menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga minyak.

Karen mahal ? Kenapa tak guna genset ?

JANAKUASA - PENENTUAN & KIRAAN SAIZ JANAKUASA

Bagi tempat yang ada bekalan TNB secara asasnya kita boleh menentukan saiz sesebuah Genset yang kita nak guna di sesebuah tempat berdasarkan congakan atau melihat saiz breaker yang sedia ada pada papan suis (switch board).

Contohnya jika di papan suis hanya menggunakan 100A MCCB, jadi kita tidak perlu memilih Genset yang boleh menghasilkan lebih dari 100A.
Bazir je nanti.

Kebiasaannya beberapa aspek perlu kita titikberatkan sebelum memilih dan membeli Genset.
(1) 1 fasa atau 3 fasa (single phase / three phases) - bergantung pada primis tempat anda. Kita pastikan bekalan yang digunakan pada penyambungan dengan TNB.

Wednesday 4 February 2015

Jins Shamsudin semakin uzur



KUALA LUMPUR 1 Feb.

Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsudin, 80, dikhabarkan semakin uzur dengan keadaan dirinya yang amat kurus disebabkan menderita penyakit Alzheimer yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Utusan Malaysia cuba menghubungi ahli keluarga pengarah dan pelakon utama filem Bukit Kepong itu, namun usaha tersebut gagal apabila panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas tidak berbalas.