Wednesday 4 February 2015

Jins Shamsudin semakin uzur



KUALA LUMPUR 1 Feb.

Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsudin, 80, dikhabarkan semakin uzur dengan keadaan dirinya yang amat kurus disebabkan menderita penyakit Alzheimer yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Utusan Malaysia cuba menghubungi ahli keluarga pengarah dan pelakon utama filem Bukit Kepong itu, namun usaha tersebut gagal apabila panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas tidak berbalas.



Menurut kenalan rapat Jins yang juga artis era pop yeh-yeh Datuk A. Rahman Hassan, pada masa ini keluarga Jins meminta kerjasama semua pihak agar tidak mengganggu ketenteraman seniman veteran itu.
“Tubuhnya (Jins) pun semakin susut tetapi masih boleh bergerak aktif untuk berjalan di dalam rumahnya. Buat masa ini, keluarganya tidak mahu mana-mana pihak mengganggu beliau dan memberi ruang untuknya berehat dengan tenang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

A. Rahman sendiri kali terakhir mengunjungi tokoh perfileman legenda negara itu pada penghujung tahun lalu.
“Ketika itu, ingatannya masih berkisar mengenai peranan dan tanggungjawabnya selaku Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas) yang dijawatnya kira-kira tujuh tahun lalu dan beliau tidak mengenali saya,” kata A. Rahman lagi.

Terdahulu, sekeping gambar Jins yang juga bekas Ahli Dewan Negara itu memperlihatkan susuk tubuhnya yang terlalu kurus tersebar meluas di laman sosial setelah dimuat naik di laman blog c2sini.blogspot.com.

Bagaimanapun, tarikh gambar berkenaan dirakamkan tidak dimaklumkan oleh blog berkenaan tetapi turut memuatkan perbualan bersama isteri seniman itu, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, mengenai perkembangan kesihatan suaminya itu. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jins-shamsudin-semakin-uzur-1.55160#sthash.ZIlWM1rX.dpuf

No comments:

Post a Comment